Tuesday 23 December 2014

kekal?

terpisah oleh jarak dan waktu
yang beratus dan beribu
dulu kami hanya ibu
sekarang kami sudah punya cucu
syukur
dia tetap begitu



syukur
dia masih kekal indah
rupa, budibicara
santun berhemah



syukur
dia masih kekal kaya
senyum, ketawa
tidak kurang airmata



syukur
dia masih kekal tenang
seperti Tasik Cini
walau dalam kegalauan
hipokrasi
depressi
dan obsessi




syukur
dia kekal sama
sering buat aku rasa
kuat dan selamat
seperti dulu
seperti selalu



syukur
ada yang kekal sama
tetap memahami
dan menyayangi
diri aku
yang sesunguh-sungguhnya aku
seperti dulu
seperti selalu.


*Darah yang sama yang mengalir di dalam jasad kita dan mereka mengikat kita jadi bersaudara. Jadi adik-beradik yang berkongsi darah dari bapa yang sama.
Tetapi kadangkala keikhlasan kasihsayang yang terjalin di antara dua orang asing yang tiada langsung ikatan persaudaraan adalah lebih tebal dan kukuh ikatannya berbanding hanya sekadar darah.
Lalu ikatan kasihsayang itu menjadikan kita LEBIH adik-beradik dari adik beradik sedarah sedaging, seibu sebapa.
Saya beruntung begitu. 
Syukur alhamdulillah.*





No comments:

Post a Comment