Saturday 31 May 2014

lekas pergi?

selamat pagi Cik Siti Sedih
apa mahunya kamu
singgah di hati
pagi-pagi begini?

aku sudah tahu 
cerita pilu kamu
kamu usah ulang lagi
aku jemu
dan jangan kamu
berlama-lama di sini

aku harus segera
bercantik-cantik
dan kelihatan rapi
untuk menatap 
wajah Sang Pelangi
yang akan menjemput aku
menikmati indahnya 
langit biru

aku tiada masa
untuk kamu
jemput minum kopi
kemudian
lekas-lekas pergi!



Thursday 29 May 2014

untuk aku?

usah bicara tentang
jembatan emas permata
hati nyamuk dan hati hama
air mata dara
dan air pinang muda

aku ini bukan
Puteri Gunung Ledang
punyai senarai hantaran 
yang panjang

aku ini manusia 
cacat jiwa
cacat rasa

mari kemari
duduk-duduk dengan aku

biar aku bacakan
cerita sengsara
dari mata yang menangis
sebanyak tujuh samudera
supaya kamu tahu
jiwa ini sudah hampir karam
dibalun kecewa
sehebat badai dari lautan mana

biar aku nyanyikan lagu
dari  hati yang dikijak lunyai
hancur  berderai
supaya kamu tahu
jiwa ini cederanya
sudah separah mana

biar aku tunjukkan parut hodoh
yang bertompokan di jiwa
supaya  kau tahu
aku ini  pernah
ke neraka yang mana

aku bukan Puteri Gunung Ledang
yang mahunya macam-macam
aku mahunya cuma satu
kamu carikan aku
jaluran pelangi
dari langit ke tujuh
untuk aku rawat
jiwa aku 
yang cacat ini.



Sunday 25 May 2014

kasih?

kasih
tidak hilang
atau menyisih
dan mata ini
hanya mencari
sekilas wajah kamu

Tapi
enggan aku palu
gendang rindu
kamu telah pilih
untuk jadi
pekak dan bisu

Thursday 22 May 2014

ada?

ada marah yang mendidih
ada geram yang meremang
ada sebal yang menebal
ada jengkel yang membengkeng
ada meradang yang membengkak
ada benci yang kian membekas
ada dendam yang semakin ngeri

Tetapi di antara
marah
geram
sebal
jengkel
meradang
benci
dendam
ada juga terselit
rindu
dan sebak

Ehh? Nanti!
mana mungkin ada rindu?
jika ada sebak
dan perlu menagis pilu
itu aku tahu
tapi mengapa 
mesti ada
rindu?

GILA!

CELAKA! 

rindu ini
memang betul-betul
celaka!





Wednesday 21 May 2014

mahukah?

berdiri di sinki
mecuci pinggan dan kuali
sambil menahan denyut dan bisa
yang mencucuk
di pinggang
dan di tumit kaki
dan mencuba lupa
rindu yang bertandang
dan memberat di hati
aku memandang
ke luar jenela
nampak kanak-kanak perempuan
ada dua tiga
bermain di padang futsall
yang lengang
bertempuk tampar
dan main kejar-kejar
mesra dan riang
hilai tawa mereka
hinggap di telinga
aku senyum bahagia

jika buleh diputar waktu
mahukah aku kembali
ke zaman itu?

zaman manis
zaman tidak tahu apa-apa
cuma bermain dan ketawa
seronok suka-suka
tiada masalah dalam kepala

mahukah aku
kembali ke zaman itu?
lalu dewasa semula
dan mengambil simpang yang lagi satu
di mana jalan kita tidak bertemu
dan aku tidak akan jumpa kamu
mahukah aku?






Monday 19 May 2014

sumbang?

aku tidak mahu lagi
menyanyi lagu kamu
lagu itu sudah hilang merdu
sumbang bunyi
sumbang rasa.

biar bersunyi saja
daripada
bernyanyi lagu duka.


Sunday 18 May 2014

rumah 3?

i LOVE House
Part 3

terkerat?

jari terkerat nampak sakitnya
hati terkerat tiada buktinya.

malas?

cerita pendek yang malas pada
satu malam minggu yang malas.

mata kata mengantuk
hati kata mahu tidur
akal kata pinggan dalam sinki menimbun.
badan kata malas
aku kata, "Bibiiiiiiiiiik! Basuh pinggan!"

Mata, hati, akal dan badan kata,
"kamu mana ada bibik?"

dan mereka ketawa...ketawa...ketawa
dan terus ketawa.

dan pada malam minggu yang syahdu itu,
aku pun basuh pinggan sambil menangis di sinki.

TAMAT.





lupa?

kadang-kadang 
kita lupa
hidup ini sebenarnya
indah

dan selalu
kita lupa
untuk tersenyum.




Sunday 4 May 2014

ampatplolapan?

meminjam kata-kata entah siapa. 
katanya:
"hormatilah orang-orang tua kerana
orang-orang tua pernah melalui masa muda
tetapi orang-orang muda belum tentu
sempat melalui masa tua"
begitulah lebihkurang bunyiknya. 

empat puluh lapan.
dan bangga!
selamat harijadi Senah!


rumah 2?

i LOVE house
Part 2

Saturday 3 May 2014

cahaya?

malam
suram
malap
gelap
hitam
pekat

padamkan 
cahaya palsu itu
biar aku sendiri
bersunyi
di sini
menanti matahari





ubah?

kita tidak mungkin berubah
hanya kerana 
orang mahukan
kita berubah

mungkin buleh
tapi perubahan
yang seketika
bersifat sementara
tidak kekal
dan kita akan 
kembali seperti asal.

tapi cinta 
buleh mengubah kita
tanpa paksaan
dan tanpa diminta
cinta memang begitu
berupaya mengubah
dengan mudah

sekiranya kita kekal sama
seperti sediakala
tidak terusik
diam ditakuk lama
mungkin kita 
belum diziarah cinta
dan tidak kenal
cinta itu bagaimana
dan betapa
manisnya ia
saat dia datang menyapa











Friday 2 May 2014

awan sembilan?

bila sudah terlalu lama
dan terbiasa
menjadi mesin penyedia
memberi kemudahan
emosi, material dan tenaga
tidak kira apa situasi dan ketika
untuk mereka yang hanya
pandai meminta
aku jadi terlupa
pada keperluan sendiri
seperti robot
yang tidak ada mahu atau rasa hati
dan mereka juga tidak peduli
asal saja aku berfungsi
mengikut spesifikasi

kelmarin
ada yang mengambilkira
kemahuan dan keselesaan diri
memantau naik turun emosi
setiap sepuluh minit sekali
seperti doktor on-duty
meneliti naik turun graf
pesakit yang hampir mati

kelmarin
ada yang gigih berusaha
menyedia yang dikira perlu
tanpa diberitahu
agar terlihat senyum
menguntum di mukaku

kelmarin
ada yang memberi bahagia
tanpa banyak tanya
tanpa dipaksa
tanpa diminta

aku jadi sebak tidak menentu
amat terharu
dilayan sehebat itu

terima kasih kawan
untuk satu hari
aku rasai
bahagia yang amat lumayan
untuk satu hari
wujud aku dihargai
aku rasa seperti jutawan
berjalan di awan sembilan

itu hadiah harijadi
teristimewa
sangat berharga
yang tidak akan aku lupa
selagi badan bernyawa
dan yang akan aku kenang juga
sehingga nanti di sana.


Thursday 1 May 2014

Nafsu?

Rindu.
Ya...rindu!
Rindu akan kamu
Tajam menusuk kalbu
Menghiris pilu

Atau itu cuma nafsu
Yang tidak tahu malu
Bicara melulu
Tanpa perlu