Tuesday 23 December 2014

kekal?

terpisah oleh jarak dan waktu
yang beratus dan beribu
dulu kami hanya ibu
sekarang kami sudah punya cucu
syukur
dia tetap begitu



syukur
dia masih kekal indah
rupa, budibicara
santun berhemah



syukur
dia masih kekal kaya
senyum, ketawa
tidak kurang airmata



syukur
dia masih kekal tenang
seperti Tasik Cini
walau dalam kegalauan
hipokrasi
depressi
dan obsessi




syukur
dia kekal sama
sering buat aku rasa
kuat dan selamat
seperti dulu
seperti selalu



syukur
ada yang kekal sama
tetap memahami
dan menyayangi
diri aku
yang sesunguh-sungguhnya aku
seperti dulu
seperti selalu.


*Darah yang sama yang mengalir di dalam jasad kita dan mereka mengikat kita jadi bersaudara. Jadi adik-beradik yang berkongsi darah dari bapa yang sama.
Tetapi kadangkala keikhlasan kasihsayang yang terjalin di antara dua orang asing yang tiada langsung ikatan persaudaraan adalah lebih tebal dan kukuh ikatannya berbanding hanya sekadar darah.
Lalu ikatan kasihsayang itu menjadikan kita LEBIH adik-beradik dari adik beradik sedarah sedaging, seibu sebapa.
Saya beruntung begitu. 
Syukur alhamdulillah.*





Wednesday 17 December 2014

pura-pura?

hati yang terluka itu, 
maunya di mana kamu sembunyikan?

Kerana senyuman kamu itu 
ternyata tidak menyakinkan bahagia.

Jelas pura-pura.

sebetulnya siapa yang ingin 
kamu bohongi?

dia?
kami?
atau
diri kamu sendiri?


kata-kata?

Tidak ada satu perkataan pun yang dapat meredakan kesedihan
seseorang yang baru kehilangan insan yang tersayang.


Tiada.


Kesedihan itu tiada obatnya.
Tiada penawar.


Tidak ada apa yang dapat kita katakan yang buleh merawat kesedihan
mereka yang bakal menempuh hari esok dan hari-hari berikutnya 
tanpa kehadiran dia yang sudah tiada. Hari-hari yang tidak lagi sama
seperti semalam. Seperti kelmarin. Seperti dulu.


Apa yang kita tahu tentang kesedihan sehebat itu?


Kecuali kita sendiri pernah menempuhnya, kita tahu segala kata-kata
di dalam dunia ini sudah hilang erti.


Tidak bermakna.


Kosong.


*salam takziah untuk #akuskizo dan untuk kita-kita yang telah kehilangan
mereka-mereka yang kita fikir akan selalu ada.*
*al fatihah*



Monday 6 October 2014

tidak sempurna?

kesayangan ini di sana
aku di sini


sebelas hari


sebelas hari yang sunyi
sebelas hari yang janggal
sebelas hari yang cacat
sebelas hari yang cukup panjang


sebelas hari tanpa dia
semuanya jadi tidak sempurna


*rindu yang terlalu*


Wednesday 1 October 2014

jiwa kacau?

kacau sungguh!
ada hari-harinya memang begitu
sigh....



jadi satu hari ni
kita layan m.nasir
dari satu lagu
ke satu lagu
sampai jemu






























































































sambil main kebun
sambil hirup kopi
sampai mata letih
dan akan tertidur
dan harap-harap
dapat jumpa kamu
dalam mimpi
yang paling
manis!



kihkihkih



*Dear heart, please be still. Just breathe.*

Thursday 25 September 2014

obsessi?

'Is it possible, i wonder, for a man to truly change? Or do character and habit form the immovable boundaries of our lives?' - The Wedding, Nicholas Sparks.


























Okey, mukasurat pertama novel ini berjaya menarik perhatian saya. maka saya berazam untuk membacanya sehingga ke mukasurat terakhir. sejujurnya telah ada beberapa buku yang sudah dimula baca tetapi tidak ke penghujung cerita. mungkin kerana plot cerita yang membosankan atau mngkin juga kerana faktor malas yang gagal dibendung.

tetapi buku 'The Wedding' ini lain sedikit. sudah empat hari ia sampai ke tangan lalu diletak di atas rak buku. dan tiap kali mata tertangkap kelibatnya, ia seakan memanggil saya. menyeru-nyeru untuk dibaca. Lalu sebentar tadi, saya mula membaca, sebaris, sebaris dan sebaris lagi. sangat engaging. ternyata novel ini punya nyawa. Ada roh. Hidup.

tetapi itu lah....


masalah saya sekarang ialah yang satu ini:







































ini obsessi saya.

satu ketagihan yang maha hebat!

harap-harap 'The Wedding' lebih kuat pengaruhnya dan saya dapat rawat obsessi yang satu ini.

wish me luck with 'The Wedding' guys!






Wednesday 24 September 2014

nostalgia?

"just call me angel of the morning, angel
 just touch my cheek before you leave me, baby

 just call angel of the morning, angel
 then slowly turn away
 i won't beg you to stay
 with me."


"am i thinking what you are thinking?" tanya Aloyah tiba-tiba.

"pardon?"

"lagu itu." jawab Aloyah ringkas

"apa salahnya lagu itu?"

"kau nyanyi berulang-ulang. on repeat." balas Aloyah.

"jadi?"

"So, am i thinking what you're thinking?" Aloyah menjawab soalan aku dengan soalan juga. itu memang tipikal aloyah. ANNOYING.

"baiklah Miss Smarty Pants, apa kata kau saja yang bagitau aku apa yang sedang aku fikirkan?!"

"Dia" Pantas saja Aloyah menjawab.

"Dia who?"

"oh come on! that tone bila kau nyanyi tadi, mendayu-dayu tau? kau nyanyi untuk Dia, kan?" Aloyah ketawa. mungkin gelihati atau mungkin mengejek. Apapun motifnya, bunyi ketawa Aloyah itu sangat -sangat menjengkelkan.

"it's just a song lah!" aku jadi berang dituduh melulu begitu.

atau adakah aku jadi berang kerana tekaan Aloyah itu betul? issshhh! babi betul.

"move on lah! he is not worth it. ok? he doesn't deserve you. move on! move on!" bakar Aloyah lagi.

"it's just a stupid song lah. and FYI i have moved on. i AM MOVING ON!"

"elehhhhhh" cemuh Aloyah.

"what do you mean 'elehhhh'?"

"i know you so well babe. So bloody fcuking well! kahkahkah" kata aloyah dan dia sempat mengelak buku hard cover Dan Brown yang aku baling ke arah dia.

"i hate you!" aku bingkas bangun dan berjalan masuk ke bilik.

"i love you too babe!"

sebelum aku menutup pintu bilik, aku dengar Aloyag menyanyi- nyanyi di ruang tamu.

"just call me angel of the morning, angel..."

"shut up Aloyah! just shut the hell up!" jerit aku sebelum menghempas daun pintu bilik sekuat hati!

"just call me angel of the morning, angel..."

aku masih dapat dengar nyanyian Aloyah dari dalam bilik.

mengejek benar bunyinya.

geram sungguh!

aku benci Aloyah!

aku benci dia!!!

benci!

benci!

benci!

"benci tapi rindu kaaaann?" jerit Aloyah dari sebalik pintu bilik

aaarrgghhh!!!!












Tuesday 23 September 2014

mencerita bahagia?

kadang-kadang
ada yang tidak terungkap
dengan kata-kata
seperti
cinta
rindu
seperti kasihsayang


kadang-kadang
kata-kata tidak mencukupi
untuk meluah
apa yang dirasa
apa yang bermain
di hati
dan dijiwa



kadang-kadang
senyuman sudah memadai
mencerita bahagia






kadang-kadang.
bukan selalu.


*ipoh - kuala lumpur - melaka - muar - ipoh*
  8 - 10 august 2014


Saturday 6 September 2014

wangi?

andai rindu itu punya bau
kali ini yang terwangi:
limau kasturi bercampur bunga melati
strawberry
dan satsuma


manis menggoda


dapatkah kamu hidu
harum
rinduku ini
di sisi kamu
di sana?


Monday 1 September 2014

sedikit berbaki?

menghayati
dingin hujan
panas kopi
malam tiada bulan
terkadang teringat kamu

tentang cinta yang sedikit berbaki
tentang memori yang kian menjauh
tentang rindu yang kian hilang erti

cinta, memori dan rindu
semuanya hampir mati

aku tidak lagi peduli
kuburnya sudahpun
siap aku gali.

















Saturday 2 August 2014

TAMAT.

we have come to the end of that story.
life is too short to dwell on it.
let's move on.

Saturday 28 June 2014

awan?

kawan
bilang sama aku
mengapa tiap kali
terpandang langit biru
yang berawan
atau tiada awan
aku sering teringat kamu?

Friday 27 June 2014

tidak lupa?

abang jangan ingat
mulut adek sudah lupa
menyebut nama abang
mata adek sudah lupa
rupa senyum abang
telinga adek sudah lupa
alun suara abang
adek tidak pernah lupa
semua seperti sediakala
walau abang sudah lama tiada

abang jangan ingat
adek tidak lagi
berasa perit 
atas kehilangan abang
atau
ketika terkenang abang
atau
ketika terlihat 
orang yang seakan abang
atau
ketika terjaga di pekat malam
tercari-cari bayang abang
di celahan mimpi yang tersisa
semua masih adek rasa
walau abang sudah lama tiada

abang jangan ingat
adek sudah lupa
mesra kasihcinta abang
belai manjasayang abang
adek tidak pernah lupa
semua masih ada
seperti darah
seperti udara
abadi dan sebati
dalam diri
walau abang sudah lama pergi.


                                        'bercerai mati batasnya di dunia, sayang
                                         di akhirat kita berjumpa pula.'
                                         ~Serunai Malam, Bing Slamet
                              


*semoga abang sentiasa tenang di sisiNya.
  Aamiin.
  Al-Fatihah*


Thursday 26 June 2014

jangan?

jangan kata
          tunjukkan


jangan cakap
          buatkan


jangan janji
          buktikan


bila lisan
tidak selari
dengan niat
pasti ada
yang rasa
terkhianat



Wednesday 25 June 2014

kopi, lelaki tua dan aku?

aku dan lelaki tua ini
kami sama-sama sunyi
duduk di tepi sini
memandang kosong
hari yang deras berlari
bertukar silih ganti
sambil menghitung
tasbih di jari

untung ada kopi
penenang hati
peneman sepi
sambil menunggu
hari mati.



sedikit kebaikan?

kawan kata otak aku sudah berkarat kerana terlalu lama terperuk di rumah. Katanya lagi, aku perlu menghirup udara segar di luar sebelum karat jadi lebih mudarat. maka dengan itu, temujanji untuk makan malam pun dipersetujui tanpa perlu banyak desakan atau main tarik-tarik tali.

betul lah seperti dia kata, sudah terlalu lama rupanya aku tidak melihat dunia sebab malam itu setiap satu yang terakam di mata, kelihatannya sangat indah. seperti aku tidak pernah melihat sebelum ini. Seperti Si buta yang baru dapat mata.

Juga udara malam yang meresap ke dada terasa sangat menyegarkan. Tidak bernafaskah aku sebelum ini?

Sambil menikmati juadah di bawah langit terbuka yang tidak berbintang, kami tidak putus berborak. kadang-kadang serius. kadang-kadang ketawa. kadang-kadang bertekak. Aku sudah lupa bila kali terakhir aku berkomunikasi dengan orang lain serancak dan selancar ini. Perbualan dua hala yang mencabar minda. Seronok dan  aku rasa seperti  'hidup' semula. Matikah aku selama ini?

Sepanjang perbualan, kami sedari yang sering timbul dan diulang-ulang sebut ialah isu 'kebaikan'; memperlakukan orang dengan sebaik dan selayaknya. Layani lah orang lain sebaik-baiknya sepertimana kita mahu dilayani. Dalam banyak situasi, kita ini bukan minta ditatang atau ditimang-timang. Yang kita perlukan ialah untuk orang hormatkan kita sebagai manusia yang ada perasaan. You cut me, i bleed. Just like you do. Ringkasnya, jika kamu tahu, diperlakukan dengan baik itu menyamankan dan menenangkan kenapa kamu tidak melalukannya kepada orang lain? Tidak mengambilkira dan tidak menjaga perasaan orang lain, itu bukan dinamakan kebebasan. Itu satu kekejaman. Plain and simple.

Ramai yang tahu hakikat ini tapi memilih untuk tidak ambil tahu dan buat-buat tidak tahu. Pejam mata, buat donno dan kata, "ada aku kesah?".

Kami angkat kaki bila kopi sudah sampai ke titisan terakhir dan topik perbualan yang sama sudah mula berulang-ulang.

Malam itu aku tidur seperti kayu. Lena yang sangat-sangat enak. Esok paginya aku bangun dengan minda baru yang lebih segar dan senyum melebar.

Terima kasih kawan, udara yang segar malam itu berjaya mengikis karat yang berkeladak di otak aku ini. i have to completely agree with you when you said,   'A little bit of kindness goes a long way.' hey, look what your little kindness did to me...it put back sunshine in my soul!

Thank you.



Wednesday 18 June 2014

sudah ketemui?

tenang itu
di antara kita
sering dikocak
oleh sengketa
salahsangka
saling tidak percaya
yang telah menjarak
ruang bahagia
kita berdua

tenang itu
di antara kita
kian menjauh
bila masing-masing
mahu tunjuk jaguh
keras kepala
membaja ego
yang menebal
dalam dada

tenang itu
tidak mungkin
terwujud
dalam perbendaharaan kata
buku kamus kita berdua

tenang itu
jika sudah
kamu ketemui
dalam senyuman dia
dan kamu rasa nyaman
di sisi dia
aku harus
biarkan saja
kamu bersama dia
di sana
dan aku harus
terus tenang-tenang saja
di sini.

Monday 16 June 2014

tidak berkasut?

kawan aku kata, " apalah ertinya hujan pada mereka yang pernah menempuh ribut."

aku tambah pula: "menempuh ribut tanpa berbaju dan tidak berkasut."





cerita dongeng?

cerita dongeng 
bermula dara yatim 
hidup derita sengsara
berendam airmata
hari-hari meratap hiba
bernyanyi di buaian
di tengah hutan
merawat luka
akhir cerita
berjumpa anak raja
dibawa ke istana
dan hidup bahagia
sampai bila-bila

cerita dongeng
mana-manapun sama
bermula derita
akhirinya bahagia

tapi cerita alam nyata
bermula bahagia
akhir ceritanya
tiada siapa yang bahagia.

aku juga bukan mahu
satu cerita dongeng
mahunya aku cuma satu


cuma satu


aku hanya mahukan
satu keajaiban.






Saturday 14 June 2014

woofwoof?

saya tidak tahu banyak pasal bola.




atau tentang World Cup 2014










apatah lagi tentang team A, team B atau team C















saya juga tidak tahu team mana menentang team mana
dan siapa menang dan siapa kalah













Bila bab bola, saya memang tak tahu apa-apa













Apapun saya tak tahu pasal bola.











Yang saya sangat tahu Mr. WorldWide ini tersangat-sangat-sangat lah SEXY!
deliciously sexyyyhh!
perghhh!
*lap peluh di dahi dengan tapak tangan *


























woofwoof!
*jilat skrin laptop*


que no pare la fiesta
dont stop the paaaartayyyyhhh!

Thursday 12 June 2014

jiwa?

walau dalam bentuk apa sekalipun
kamu datang
walau di sebalik tirai manapun
kamu sembunyi
aku tetap kenal kamu

bau jiwa kamu itu
cukup aku kenal
yang puas aku hidu
dengan darah dan airmata cinta
sepenuh jiwa
yang aku ada.

tenang?

mereka bilang
tempat ini cantik
mampu hilangkan stress

mereka bilang
tempat ini mendamaikan
mampu beri ketenangan

itu mereka yang bilang
aku hanya senyum
mana mungkin mereka tahu
tentang tenang aku?

mana mungkin
mereka bisa faham
jika aku bilang
tenang aku ialah kamu. 


orang asing?

"and when it hurts when they mention my name
say you don't know me
and if it hurts
when they say i'm to blame
say you don't own me"
~Don't Let It Show, Alan Parson Project


Tiba-tiba aku jadi teringat pada kawan-kawan yang pernah tidur sebantal dan makan sepinggan. Kawan-kawan serapat isi dengan kuku. Kawan-kawan yang satu ketika dulu, aku rasa tidak akan sempurna hidup aku ini tanpa kehadiran mereka.


Kawan-kawan ini malangnya, bukan lagi kawan aku.


Sesetengahnya hilang begitu sahaja di telan peredaran zaman. Atau sudah mati. Sesetengahnya aku buang satu-satu dari hidup aku. Selebihnya masih  tersimpan kukuh di hati. Bilangan kumpulan yang terakhir itu sangatlah sedikit jumlahnya.


Dalam persahabatan, lambat laun kita akan kenal 'kawan-kawan' kita itu sebetulnya bagaimana. Kita kenal warna dan taring sebenar mereka. Dan yang paling penting, di usia sebegini, aku jadi lebih kenal diri aku ini sebenarnya bagaimana. Kerana aku tahu siapa aku, maka aku juga tahu siapa yang sebenar-benarnya kawan. Yang  lain-lain buleh di-delete-kan saja atau suruh mereka tekan butang EXIT. Tidak mengapa ada sedikit kawan-kawan tetapi saling menghargai daripada ramai kawan yang hanya mahu makan kawan. Quality versus quantity, so they say. 


Kepada kawan-kawan yang pernah menjadi sebahagian dari hidup aku, terima kasih untuk kenangan pahit manis kita bersama. Tetapi jalan kita sudah tidak lagi sehala dan 'mimpi' yang kita sama-sama impikan juga sudah berbeza bentuknya.


Sekarang kita hanya orang asing yang berkongsi kenangan yang sama.













Tuesday 10 June 2014

tahu?

aku dan kamu tahu
tentang rindu itu
yang menyesak
dan mendesak
tapi kita pilih
untuk tidak peduli

aku dan kamu tahu
tentang sepi itu
yang membingit
dan menggigit
tapi kita pilih
untuk tidak peduli

aku dan kamu tahu
tentang kehilangan itu
yang kosong
dan lopong
tapi kita pilih
untuk tidak peduli

aku dan kamu tahu
rumitnya aku tiada kamu
dan rumitnya kamu tiada aku
tapi kita pilih
untuk biarkan
ianya berlalu

aku dan kamu tahu
cinta itu
lebih aman
dibiarkan mati
dan terkubur
di situ.

Sunday 8 June 2014

tersurat?

Kebetulan atau Suratan?
Haruki Murakami ini selalu menyentuh jiwa saya yang paling dalam.


Divine Intervention. 
Perhaps?



mudah bahagia?

mereka bilang, " cinta itu bukan tentang siapa yang pernah lukakan kamu tetapi cinta itu
ialah tentang siapa yang sentiasa ada untuk buat kamu tersenyum semula."

jadi malam tadi kami meredah lebuhraya dan melepasi satu tol dan satu tol lagi dan tol-tol yang berikutnya untuk mendapatkan cinta saya yang satu ini. Cinta yang sering buat saya senyum semula. TANPA GAGAL. 

Malam tadi di hadapan Maju Junction di kedai menjual cheese nan Grade A, World Class yang paling enak, ada seorang wanita yang sangat bahagia.

betul, saya memang mudah untuk dibahagiakan. 


Saturday 7 June 2014

mata?

matanya itu
seperti kejora sinarnya 
bikin senyum di bibirnya
kurang cahaya

matanya itu
lebih nakal tarinya
sedang bualbicaranya
hanya separuh jenaka

matanya itu
seperti tasik tenangnya
aku jadi ingin 
berenang di dalamnya
mencuci luka
meluput duka 

matanya itu
sering mencari-cari
mataku
dan aku diajaknya
berbicara
tanpa perlu
kata-kata.







Saturday 31 May 2014

lekas pergi?

selamat pagi Cik Siti Sedih
apa mahunya kamu
singgah di hati
pagi-pagi begini?

aku sudah tahu 
cerita pilu kamu
kamu usah ulang lagi
aku jemu
dan jangan kamu
berlama-lama di sini

aku harus segera
bercantik-cantik
dan kelihatan rapi
untuk menatap 
wajah Sang Pelangi
yang akan menjemput aku
menikmati indahnya 
langit biru

aku tiada masa
untuk kamu
jemput minum kopi
kemudian
lekas-lekas pergi!



Thursday 29 May 2014

untuk aku?

usah bicara tentang
jembatan emas permata
hati nyamuk dan hati hama
air mata dara
dan air pinang muda

aku ini bukan
Puteri Gunung Ledang
punyai senarai hantaran 
yang panjang

aku ini manusia 
cacat jiwa
cacat rasa

mari kemari
duduk-duduk dengan aku

biar aku bacakan
cerita sengsara
dari mata yang menangis
sebanyak tujuh samudera
supaya kamu tahu
jiwa ini sudah hampir karam
dibalun kecewa
sehebat badai dari lautan mana

biar aku nyanyikan lagu
dari  hati yang dikijak lunyai
hancur  berderai
supaya kamu tahu
jiwa ini cederanya
sudah separah mana

biar aku tunjukkan parut hodoh
yang bertompokan di jiwa
supaya  kau tahu
aku ini  pernah
ke neraka yang mana

aku bukan Puteri Gunung Ledang
yang mahunya macam-macam
aku mahunya cuma satu
kamu carikan aku
jaluran pelangi
dari langit ke tujuh
untuk aku rawat
jiwa aku 
yang cacat ini.



Sunday 25 May 2014

kasih?

kasih
tidak hilang
atau menyisih
dan mata ini
hanya mencari
sekilas wajah kamu

Tapi
enggan aku palu
gendang rindu
kamu telah pilih
untuk jadi
pekak dan bisu

Thursday 22 May 2014

ada?

ada marah yang mendidih
ada geram yang meremang
ada sebal yang menebal
ada jengkel yang membengkeng
ada meradang yang membengkak
ada benci yang kian membekas
ada dendam yang semakin ngeri

Tetapi di antara
marah
geram
sebal
jengkel
meradang
benci
dendam
ada juga terselit
rindu
dan sebak

Ehh? Nanti!
mana mungkin ada rindu?
jika ada sebak
dan perlu menagis pilu
itu aku tahu
tapi mengapa 
mesti ada
rindu?

GILA!

CELAKA! 

rindu ini
memang betul-betul
celaka!





Wednesday 21 May 2014

mahukah?

berdiri di sinki
mecuci pinggan dan kuali
sambil menahan denyut dan bisa
yang mencucuk
di pinggang
dan di tumit kaki
dan mencuba lupa
rindu yang bertandang
dan memberat di hati
aku memandang
ke luar jenela
nampak kanak-kanak perempuan
ada dua tiga
bermain di padang futsall
yang lengang
bertempuk tampar
dan main kejar-kejar
mesra dan riang
hilai tawa mereka
hinggap di telinga
aku senyum bahagia

jika buleh diputar waktu
mahukah aku kembali
ke zaman itu?

zaman manis
zaman tidak tahu apa-apa
cuma bermain dan ketawa
seronok suka-suka
tiada masalah dalam kepala

mahukah aku
kembali ke zaman itu?
lalu dewasa semula
dan mengambil simpang yang lagi satu
di mana jalan kita tidak bertemu
dan aku tidak akan jumpa kamu
mahukah aku?






Monday 19 May 2014

sumbang?

aku tidak mahu lagi
menyanyi lagu kamu
lagu itu sudah hilang merdu
sumbang bunyi
sumbang rasa.

biar bersunyi saja
daripada
bernyanyi lagu duka.


Sunday 18 May 2014

rumah 3?

i LOVE House
Part 3

terkerat?

jari terkerat nampak sakitnya
hati terkerat tiada buktinya.

malas?

cerita pendek yang malas pada
satu malam minggu yang malas.

mata kata mengantuk
hati kata mahu tidur
akal kata pinggan dalam sinki menimbun.
badan kata malas
aku kata, "Bibiiiiiiiiiik! Basuh pinggan!"

Mata, hati, akal dan badan kata,
"kamu mana ada bibik?"

dan mereka ketawa...ketawa...ketawa
dan terus ketawa.

dan pada malam minggu yang syahdu itu,
aku pun basuh pinggan sambil menangis di sinki.

TAMAT.





lupa?

kadang-kadang 
kita lupa
hidup ini sebenarnya
indah

dan selalu
kita lupa
untuk tersenyum.




Sunday 4 May 2014

ampatplolapan?

meminjam kata-kata entah siapa. 
katanya:
"hormatilah orang-orang tua kerana
orang-orang tua pernah melalui masa muda
tetapi orang-orang muda belum tentu
sempat melalui masa tua"
begitulah lebihkurang bunyiknya. 

empat puluh lapan.
dan bangga!
selamat harijadi Senah!


rumah 2?

i LOVE house
Part 2

Saturday 3 May 2014

cahaya?

malam
suram
malap
gelap
hitam
pekat

padamkan 
cahaya palsu itu
biar aku sendiri
bersunyi
di sini
menanti matahari





ubah?

kita tidak mungkin berubah
hanya kerana 
orang mahukan
kita berubah

mungkin buleh
tapi perubahan
yang seketika
bersifat sementara
tidak kekal
dan kita akan 
kembali seperti asal.

tapi cinta 
buleh mengubah kita
tanpa paksaan
dan tanpa diminta
cinta memang begitu
berupaya mengubah
dengan mudah

sekiranya kita kekal sama
seperti sediakala
tidak terusik
diam ditakuk lama
mungkin kita 
belum diziarah cinta
dan tidak kenal
cinta itu bagaimana
dan betapa
manisnya ia
saat dia datang menyapa











Friday 2 May 2014

awan sembilan?

bila sudah terlalu lama
dan terbiasa
menjadi mesin penyedia
memberi kemudahan
emosi, material dan tenaga
tidak kira apa situasi dan ketika
untuk mereka yang hanya
pandai meminta
aku jadi terlupa
pada keperluan sendiri
seperti robot
yang tidak ada mahu atau rasa hati
dan mereka juga tidak peduli
asal saja aku berfungsi
mengikut spesifikasi

kelmarin
ada yang mengambilkira
kemahuan dan keselesaan diri
memantau naik turun emosi
setiap sepuluh minit sekali
seperti doktor on-duty
meneliti naik turun graf
pesakit yang hampir mati

kelmarin
ada yang gigih berusaha
menyedia yang dikira perlu
tanpa diberitahu
agar terlihat senyum
menguntum di mukaku

kelmarin
ada yang memberi bahagia
tanpa banyak tanya
tanpa dipaksa
tanpa diminta

aku jadi sebak tidak menentu
amat terharu
dilayan sehebat itu

terima kasih kawan
untuk satu hari
aku rasai
bahagia yang amat lumayan
untuk satu hari
wujud aku dihargai
aku rasa seperti jutawan
berjalan di awan sembilan

itu hadiah harijadi
teristimewa
sangat berharga
yang tidak akan aku lupa
selagi badan bernyawa
dan yang akan aku kenang juga
sehingga nanti di sana.


Thursday 1 May 2014

Nafsu?

Rindu.
Ya...rindu!
Rindu akan kamu
Tajam menusuk kalbu
Menghiris pilu

Atau itu cuma nafsu
Yang tidak tahu malu
Bicara melulu
Tanpa perlu

Tuesday 29 April 2014

digaru?

Cameron Highlands
Tanah Rata
Nyonya dan Suria
stroberi salut coklat
teh panas dan scone
kaktus dan sayur
bukit kebun teh
udara nyaman 
taman penuh bunga
kawan-kawan lama

hati bagai digaru
rindu
teramat rindu

rumah 1?

I LOVE House
Part 1



azimat?

bila aku memilih
untuk mengunyah duka
perlahan-lahan
dan menikmati
segigit demi segigit
setiap perit dan sakit
kemudian aku laungkan
rasa pahit kelatnya
di kertas elektronik ini
bukanlah bererti
aku meminta simpati
atau ingin kembali
menyambung mimpi

tidak.

aku hanya mahu ingat
setiap pedih luka
cinta yang dikerat
lalu mengunyah lumat
hingga sakit 
bertukar lazat
agar jadi tangkal azimat
yang akan aku kalung di leher
untuk aku kenang ingat
segala airmata, darah dan keringat
yang sekian banyak terkorban
kerana kamu