Monday 16 June 2014

cerita dongeng?

cerita dongeng 
bermula dara yatim 
hidup derita sengsara
berendam airmata
hari-hari meratap hiba
bernyanyi di buaian
di tengah hutan
merawat luka
akhir cerita
berjumpa anak raja
dibawa ke istana
dan hidup bahagia
sampai bila-bila

cerita dongeng
mana-manapun sama
bermula derita
akhirinya bahagia

tapi cerita alam nyata
bermula bahagia
akhir ceritanya
tiada siapa yang bahagia.

aku juga bukan mahu
satu cerita dongeng
mahunya aku cuma satu


cuma satu


aku hanya mahukan
satu keajaiban.






No comments:

Post a Comment