Thursday 12 June 2014

orang asing?

"and when it hurts when they mention my name
say you don't know me
and if it hurts
when they say i'm to blame
say you don't own me"
~Don't Let It Show, Alan Parson Project


Tiba-tiba aku jadi teringat pada kawan-kawan yang pernah tidur sebantal dan makan sepinggan. Kawan-kawan serapat isi dengan kuku. Kawan-kawan yang satu ketika dulu, aku rasa tidak akan sempurna hidup aku ini tanpa kehadiran mereka.


Kawan-kawan ini malangnya, bukan lagi kawan aku.


Sesetengahnya hilang begitu sahaja di telan peredaran zaman. Atau sudah mati. Sesetengahnya aku buang satu-satu dari hidup aku. Selebihnya masih  tersimpan kukuh di hati. Bilangan kumpulan yang terakhir itu sangatlah sedikit jumlahnya.


Dalam persahabatan, lambat laun kita akan kenal 'kawan-kawan' kita itu sebetulnya bagaimana. Kita kenal warna dan taring sebenar mereka. Dan yang paling penting, di usia sebegini, aku jadi lebih kenal diri aku ini sebenarnya bagaimana. Kerana aku tahu siapa aku, maka aku juga tahu siapa yang sebenar-benarnya kawan. Yang  lain-lain buleh di-delete-kan saja atau suruh mereka tekan butang EXIT. Tidak mengapa ada sedikit kawan-kawan tetapi saling menghargai daripada ramai kawan yang hanya mahu makan kawan. Quality versus quantity, so they say. 


Kepada kawan-kawan yang pernah menjadi sebahagian dari hidup aku, terima kasih untuk kenangan pahit manis kita bersama. Tetapi jalan kita sudah tidak lagi sehala dan 'mimpi' yang kita sama-sama impikan juga sudah berbeza bentuknya.


Sekarang kita hanya orang asing yang berkongsi kenangan yang sama.













No comments:

Post a Comment