selamat pagi Cik Siti Sedih
apa mahunya kamu
singgah di hati
pagi-pagi begini?
aku sudah tahu
cerita pilu kamu
kamu usah ulang lagi
aku jemu
dan jangan kamu
berlama-lama di sini
aku harus segera
bercantik-cantik
dan kelihatan rapi
untuk menatap
wajah Sang Pelangi
yang akan menjemput aku
menikmati indahnya
langit biru
aku tiada masa
untuk kamu
jemput minum kopi
kemudian
lekas-lekas pergi!
Sue..rajin dan kreatif menulis di alam maya...
ReplyDeleteanajingga...lebih mudah meluah perasaan di alam maya. di alam nyata belum tentu ada yang mahu mendengar. *ini statement poyo* kehkehkeh...
ReplyDeletep.s
terimakasih kerana rajin melawat saya :)