Saturday 31 May 2014

lekas pergi?

selamat pagi Cik Siti Sedih
apa mahunya kamu
singgah di hati
pagi-pagi begini?

aku sudah tahu 
cerita pilu kamu
kamu usah ulang lagi
aku jemu
dan jangan kamu
berlama-lama di sini

aku harus segera
bercantik-cantik
dan kelihatan rapi
untuk menatap 
wajah Sang Pelangi
yang akan menjemput aku
menikmati indahnya 
langit biru

aku tiada masa
untuk kamu
jemput minum kopi
kemudian
lekas-lekas pergi!



2 comments:

  1. Sue..rajin dan kreatif menulis di alam maya...

    ReplyDelete
  2. anajingga...lebih mudah meluah perasaan di alam maya. di alam nyata belum tentu ada yang mahu mendengar. *ini statement poyo* kehkehkeh...

    p.s
    terimakasih kerana rajin melawat saya :)

    ReplyDelete