Thursday, 12 June 2014

orang asing?

"and when it hurts when they mention my name
say you don't know me
and if it hurts
when they say i'm to blame
say you don't own me"
~Don't Let It Show, Alan Parson Project


Tiba-tiba aku jadi teringat pada kawan-kawan yang pernah tidur sebantal dan makan sepinggan. Kawan-kawan serapat isi dengan kuku. Kawan-kawan yang satu ketika dulu, aku rasa tidak akan sempurna hidup aku ini tanpa kehadiran mereka.


Kawan-kawan ini malangnya, bukan lagi kawan aku.


Sesetengahnya hilang begitu sahaja di telan peredaran zaman. Atau sudah mati. Sesetengahnya aku buang satu-satu dari hidup aku. Selebihnya masih  tersimpan kukuh di hati. Bilangan kumpulan yang terakhir itu sangatlah sedikit jumlahnya.


Dalam persahabatan, lambat laun kita akan kenal 'kawan-kawan' kita itu sebetulnya bagaimana. Kita kenal warna dan taring sebenar mereka. Dan yang paling penting, di usia sebegini, aku jadi lebih kenal diri aku ini sebenarnya bagaimana. Kerana aku tahu siapa aku, maka aku juga tahu siapa yang sebenar-benarnya kawan. Yang  lain-lain buleh di-delete-kan saja atau suruh mereka tekan butang EXIT. Tidak mengapa ada sedikit kawan-kawan tetapi saling menghargai daripada ramai kawan yang hanya mahu makan kawan. Quality versus quantity, so they say. 


Kepada kawan-kawan yang pernah menjadi sebahagian dari hidup aku, terima kasih untuk kenangan pahit manis kita bersama. Tetapi jalan kita sudah tidak lagi sehala dan 'mimpi' yang kita sama-sama impikan juga sudah berbeza bentuknya.


Sekarang kita hanya orang asing yang berkongsi kenangan yang sama.













Tuesday, 10 June 2014

tahu?

aku dan kamu tahu
tentang rindu itu
yang menyesak
dan mendesak
tapi kita pilih
untuk tidak peduli

aku dan kamu tahu
tentang sepi itu
yang membingit
dan menggigit
tapi kita pilih
untuk tidak peduli

aku dan kamu tahu
tentang kehilangan itu
yang kosong
dan lopong
tapi kita pilih
untuk tidak peduli

aku dan kamu tahu
rumitnya aku tiada kamu
dan rumitnya kamu tiada aku
tapi kita pilih
untuk biarkan
ianya berlalu

aku dan kamu tahu
cinta itu
lebih aman
dibiarkan mati
dan terkubur
di situ.

Sunday, 8 June 2014

tersurat?

Kebetulan atau Suratan?
Haruki Murakami ini selalu menyentuh jiwa saya yang paling dalam.


Divine Intervention. 
Perhaps?



mudah bahagia?

mereka bilang, " cinta itu bukan tentang siapa yang pernah lukakan kamu tetapi cinta itu
ialah tentang siapa yang sentiasa ada untuk buat kamu tersenyum semula."

jadi malam tadi kami meredah lebuhraya dan melepasi satu tol dan satu tol lagi dan tol-tol yang berikutnya untuk mendapatkan cinta saya yang satu ini. Cinta yang sering buat saya senyum semula. TANPA GAGAL. 

Malam tadi di hadapan Maju Junction di kedai menjual cheese nan Grade A, World Class yang paling enak, ada seorang wanita yang sangat bahagia.

betul, saya memang mudah untuk dibahagiakan. 


Saturday, 7 June 2014

mata?

matanya itu
seperti kejora sinarnya 
bikin senyum di bibirnya
kurang cahaya

matanya itu
lebih nakal tarinya
sedang bualbicaranya
hanya separuh jenaka

matanya itu
seperti tasik tenangnya
aku jadi ingin 
berenang di dalamnya
mencuci luka
meluput duka 

matanya itu
sering mencari-cari
mataku
dan aku diajaknya
berbicara
tanpa perlu
kata-kata.