Sunday 30 March 2014

ahad pagi?

ahad pagi
celik mata
kebil-kebil
pandang siling
terbayang kamu
aku jadi sepi.

ini ahad baru
tapi teringat kamu
rasa tetap sama
seperti kelmarin
aku jadi pilu

aku hitung hari
sejak kamu pergi
walau ahad silih ganti
kamu kekal
bermaharajalela
di hati

pagi ahad ini
aku tidak mahu duka lagi
atau airmata
atau gundah gulana
aku gegas bangun
dan cari kopi

ahad ini
aku minum kopi
nyanyi-nyanyi
goyang-goyang kaki
aku tidak mahu sunyi lagi



No comments:

Post a Comment