Wednesday, 26 March 2014

misteri?

lautan hindi
terbukti berkali-kali
kamu kawasan paling ngeri
tidak berani dihampiri
ombak bergulung tinggi
angin furious forties
suhu di bawah kosong degrees
ajal usah dicari
kamu lantas dihindari
dibiar sepi
bermisteri sendiri

lautan hindi
ini hari
kamu jadi tumpuan kami
dalamnya kamu mahu kami selami
mencari jawapan pasti
ada hati yang perlu diyakini
ada jiwa yang mahu kekasihnya kembali
samada ke sisi
ataupun kepada illahi

lautan hindi
ini kali
amukmu mohon dihenti
nyaman dan tenang lah untuk kami
ungkaikan misteri
agar ditemui
yang kami cari-cari


#tragediMH370

No comments:

Post a Comment