Tuesday 18 March 2014

jika?

jika malam ini
nafas aku terakhir kali
adakah aku akan kamu rindu
walau aku sering bikin kamu sayu?


jika malam ini
hayat aku tamat
adakah aku akan terus kamu ingat
walau kita tidak lagi seerat?


jika malam ini
aku tidur dan tidak bangun-bangun lagi
adakah aku akan kamu tangisi
dan mahu aku hidup kembali?


jika malam ini
aku mati
harus kamu mengerti
kamu masih kesayangan hati




No comments:

Post a Comment